Kuala Pilah, 5 Mei 2023 - Seorang lelaki dipercayai antara suspek merompak emas bernilai kira-kira RM1.8 juta di sini kelmarin, berjaya ditahan tidak sampai 12 jam selepas kejadian.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan di daerah ini, kira-kira jam 10 malam selepas polis melancarkan gerakan memburu sejurus kejadian jam 11.30 pagi kelmarin.
Timbalan Ketua
Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis masih menyoal siasat suspek berkenaan.
“Soal siasat sedang dijalankan untuk melihat pembabitan suspek.
“Reman terhadap suspek sudah diperoleh, dia direman tujuh hari sehingga 10 Mei ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.