Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: PASANGAN KEKASIH MENGAKU SALAH TUNGGANG MOTOSIKAL CARA BAHAYA

Kuantan, 6 Mei 2023 - Dua remaja mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini, semalam atas kesalahan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 12 Mac lalu.

Pasangan masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Bagi pertuduhan terhadap remaja lelaki terbabit pada jam 5.30 petang 12 Mac lalu, tertuduh menunggang motosikal Honda EX5 putih dengan melakukan aksi berbahaya.

Remaja perempuan yang masih bersekolah di tingkatan lima sebagai pembonceng dituduh kerana membantu penunggang melakukan aksi berbahaya terbabit.

Mengikut pertuduhan, aksi itu berbahaya kepada pengguna jalan raya lain apabila mengangkat tayar hadapan dari arah Jalan Chendor ke Kemaman dengan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS