Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POSTING PILIHAN: KAWALAN KESELAMATAN PERAIRAN TIMUR SABAH BERADA PADA TAHAP TERBAIK

Putrajaya, 7 Mei 2023 - Kawalan keselamatan di perairan timur Sabah masih berada pada tahap yang terbaik.

Menurut Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, statistik kes yang paling utama berlaku di perairan kawasan tersebut adalah membabitkan penculikan untuk meminta wang tebusan.

"Sehingga kini, kita lihat kawasan keselamatan adalah pada tahap yang terbaik dan saya sering ulang bahawa tahap yang terbaik ini tidak boleh dilonggarkan kesiapsiagaannya.

“Kalau lihat statistik kejadian terakhir adalah 15 Januari 2020, itu pun cubaan yang dapat kita gagalkan.

"Jadi adakah ini menunjukkan kita berpuas hati? Tidak."

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III di sini.

Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota selain memastikan kelengkapan aset berada pda tahap optimum.

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia juga sentiasa memohon kepada kerajaan untuk menambah kekuatan aset seperti vesel atau mengganti aset yang telah usang.

Selain itu, lebih banyak pos kawalan turut akan dibina di sepanjang sempadan Sabah dengan Kalimantan Utara termasuk di pulau-pulau.

Sumber: Berita RTM

May be an image of 2 people and text that says 'BERITA cm KAWALAN KESELAMATAN PERAIRAN TIMUR SABAH Berada pada tahap terbaik beritartm berita.rtm.gov.my'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS