Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] LIMA '23: LARANGAN TERBANGKAN DRON TIGA HARI DI LANGKAWI

Langkawi, 10 Mei 2023 - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan orang ramai di pulau peranginan ini tidak menerbangkan dron selama tiga hari mulai hari ini.

Ini berikutan dalam tempoh itu berlangsung Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) sempena penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).

CAAM dalam kenyataan berkata, larangan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terutama membabitkan aspek keselamatan.

"Ia termasuk keselamatan orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan latihan mencari dan menyelamat (SAR) di beberapa lokasi utama di sekitar pulau pelancongan itu.

"Bahkan, penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu pergerakan latihan yang menggunakan aset udara khususnya helikopter," kata kenyataan itu.

CAAM turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Directives (CADs).

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'mulaisemalar semalam LIMA '23 Larangan terbangkan dron 3 hari di Langkawi Langkawi: Pihak Berkuasa Pe- bangan termasuk pengendalian dah, Perlis dan JBPM Pulau tempoh Eksesais SAREX) penganjura 1969 aspek angkaw Aviation keselamatan CAAM menerbangkan sedang nelaksa ramai selama ergerakan Kuala pulàu peranginan (SAR) utama sekitar pulau lancongan itu. Bomba 'Bahkan, penggunaan likhuatiri boleh tidak (Foto hiasan) udara khususnya helikopter,' yang menggunakan aset Cn menjalankan turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti pener- Mei JBPM Jumlah membabitkan bungan anggota dari JBPM terma- kenderaan membabitkan aset, katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS