Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN ‘KELDAI’ SENJATA API, 11 PATI CUBA BOLOSI NEGARA

Padang Besar, 13 Mei 2023 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai ‘keldai'' senjata api dan merampas sepucuk pistol ketika cuba memasuki negara ini secara haram bersama 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di Chuping, di sini, Rabu lalu.
Pistol semi-automatik jenis “Desert Eagle” buatan Israel yang dirampas itu ditemui dalam sarung pistol atau “gun holster” bersama 15 butir peluru dalam beg disandang suspek berusia 22 tahun itu yang dipercayai untuk dijual kepada anggota sindiket penyeludupan migran.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, kumpulan PATI itu dikesan kira-kira jam 8 malam ketika Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Kompeni D, Batalion 18 Briged Utara sedang melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di kawasan berhampiran Pos C32 di Chuping.
Katanya, anggota yang menjalankan tugasan terserempak dengan PATI yang cuba memasuki negara ini di kawasan berbukit dan bersemak-samun.
“Tindakan pantas anggota berjaya menahan 12 PATI terdiri daripada tujuh lelaki, tiga wanita serta dua kanak-kanak perempuan yang berusia antara setahun hingga 48 tahun yang mana mereka dipercayai berasal dari Myanmar,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS