Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM98.715 juta untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan kuarters daif pasukan berkenaan di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Beliau berkata peruntukan berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan RM200 juta yang diperuntukkan
kerajaan untuk pembaikan kuarters anggota penguat kuasa dan unit beruniform di bawah KDN.
“Daripada RM98.715 juta itu, polis Sabah akan menerima RM32.215 juta dan selebihnya dibahagikan kepada Sarawak dan Semenanjung.
“Pembaikan ini membabitkan kuarters polis yang daif termasuklah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Daerah (IPD), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya berucap merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Balai Polis Inanam, di sini, hari ini.