Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN PASANGAN SUAMI ISTERI, RAMPAS LEBIH 25KG HEROIN

Ipoh, 19 Mei 2023 - Sepasang suami isteri ditahan selepas menjadikan rumah teres dua tingkat mereka di Jelapang, di sini, sebagai makmal memproses dadah jenis Heroin susulan penemuan lebih 25 kilogram (kg) bahan itu di situ.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pasangan berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu.

Katanya, pemeriksaan di premis menemui dadah disyaki Heroin dianggarkan seberat 21,676 gram, selain dadah sama dalam bentuk cecair seberat 3,640 gram dengan nilai rampasan RM210,122.

Katanya, turut dirampas pelbagai bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses serta membungkus dadah berkenaan.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Februari lalu. Pasangan suami isteri itu tiada pekerjaan tetap dan menjadikan rumah mereka sebagai makmal memproses dadah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS