Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN EMPAT PATI RAMPAS 30KG METHAMPHETAMINE BERNILAI RM1.08 JUTA

Sabak Bernam, 26 Mei 2023 – Sembunyikan 30 kilogram (kg) dadah Methamphetamine bernilai RM1.08 juta di bawah lantai kayu bot nelayan untuk diseludup ke Indonesia.

Itu taktik empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang diberkas polis Jumaat lalu.

Semua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan di kawasan jeti di Sekinchan, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, semua suspek yang juga nelayan ditahan ketika berada di dalam bot jam 10 malam kelmarin.

“Hasil pemeriksaan di dalam bot itu menemui dua plastik hitam mengandungi 30 pek dadah yang diisi dalam bungkusan teh.

“Setiap pek dianggarkan seberat satu kilogram,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
May be an image of ‎4 people and ‎text that says '‎Sungai Besar lai Oleh Amirul Aiman Dadah bawah lantai bot Hamsuddin am@hmetro.com.my Polis tahan empat Pati rampas 30kg methamphetamine bernilai RM1.08 juta kilog- untuk Hasil pemeriksaan dalam menemui hitam plastik diisi dalam bungkusan SID' IPD ؟ீ Mohd Allas hitam dengan menjalankan jenayah dianggarkan Thu IPD) kata- disjasat Bernam Berbahaya mengikut Dadah Ladah pada sádang media IPD abak Bernam. Gambar‎'‎‎
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS