Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TUMPAS SINDIKET EDAR DADAH DI MANJUNG

Manjung, 28 Mei 2023 - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang aktif di daerah Manjung sejak awal tahun ini, selepas menahan lima lelaki dan menyerbu premis terbabit di Kampung Bharu di sini.

Dalam serbuan pada Selasa lalu itu, polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 52 tahun dalam sebuah rumah yang dijadikan pusat memproses dan membungkus dadah jenis Heroin di kampung tersebut.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun disyaki anggota sindiket itu di Pokok Assam, Taiping.

“Serbuan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman turut merampas dadah dipercayai Heroin seberat 14.9 kilogram bernilai RM199.727 di rumah itu.

"Polis juga merampas peralatan dan bahan kimla yang digunakan untuk memproses dan membungkus dadah," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS