Makkah, 7 Jun 2023 -
Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia yang menjadi mangsa tawaran visa haji furada seperti mana kes yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, visa furada bukanlah dalam kuota rasmi Malaysia iaitu 31,600 jemaah haji, maka ia adalah budi bicara dan hak mutlak kerajaan Arab Saudi untuk mengeluarkan visa kepada pihak yang memohon atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai.
Katanya, apabila mana-mana individu menerima atau mendapat visa furada, mereka diharapkan supaya menggunakan perkhidmatan 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan oleh TH.
“Apabila melalui syarikat PJH ini mereka akan mendapat keyakinan dengan pakej yang dibeli berbanding syarikat yang tidak dilesenkan yang tidak tahu sejauh manakah kesahihan visa dan pengendalian keseluruhan haji sama ada meyakinkan atau tidak.
"Kita sedia maklum bahawa kes tahun lepas apabila jemaah yang terkandas ini membayar hampir RM40,000 hingga RM80,000 - begitu juga pada tahun ini sudah tentu harganya makin naik oleh kerana kos yang makin tinggi,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.