Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: “CALL CENTRE” JUDI ONLINE DISERBU

Kuala Lumpur, 13 Jun 2023 – Polis menumpaskan sindiket judi dalam talian apabila menggempur lima premis di ibu kota dijadikan pusat panggilan membabitkan nilai rampasan RM4.9 juta.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) selepas melakukan risikan hasil maklumat yang diterima.

Menurutnya, lima premis dipercayai menjadi “calling centre” aktiviti judi dalam talian di beberapa lokasi di ibu negara diserbu bermula 29 Mei lalu hingga kelmarin.

“Operasi khas dijalankan berjaya menahan 17 individu serta turut merampas pelbagai set komputer, komputer riba, telefon bimbit dan tablet.

"Keseluruhan, anggaran nilai rampasan RM4.9 juta,” katanya dalam kenyataan di Facebook JSJ.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS