Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ELAK USIK ISU AGAMA, RAJA, KAUM KETIKA KEMPEN - KP KEDAH

Alor Setar, 15 Jun 2023 - Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati supaya tidak melampaui batas atau menyentuh isu sensitif terutama melibatkan aspek ''3R'' iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) dalam usaha memenangi hati rakyat ketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa.

Dalam pada itu, ujar beliau, sebarang perhimpunan turut perlu dimaklumkan kepada polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan sebarang aktiviti dijalankan tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, kerjasama semua pihak diperlukan dalam memastikan keamanan sedia ada sentiasa terpelihara apatah lagi pilihan raya tidak seharusnya sampai memecahbelahkan masyarakat.

“Saya ingin mengingatkan bahawa polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R sejak Mac lalu bagi menangani isu berkaitan agama, raja dan kaum.

“Jadi kalau ada pihak yang sentuh perkara ini dan didokumenkan termasuk dalam bentuk video, jangan dipolemikkan perkara itu apabila polis buka kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS