Kajang, 15 Jun 2023 - Sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan bagi kegiatan pelaburan tidak wujud diserbu polis kelmarin.
Dalam operasi itu, pegawai dan anggota Bahagian Risikan Operasi,
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 38 tahun.
Ketua
Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, suspek terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga China.
Polis merampas sebanyak 19 buah telefon bimbit, empat buah komputer riba, dua unit router dan satu set kunci rumah.
“Siasatan mendapati terdapat kegiatan penipuan pelaburan saham tidak wujud di lokasi serbuan. Mereka menyasarkan mangsa warga China," katanya dalam kenyataan kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.