Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP DADU KHAS: 1,968 PREMIS DIGEMPUR, 2,349 INDIVIDU DIBERKAS

Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggempur sebanyak 1,968 premis perjudian dan menahan 2,349 individu di seluruh negara dalam tempoh 1 April hingga 13 Mei lalu menerusi Op Dadu Khas.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM di laman Facebook rasminya pada Mei lalu, operasi berkenaan digerakkan oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ.

Katanya dalam satu kenyataan, operasi yang menyasarkan aktiviti-aktiviti judi dalam talian itu giat diatur melibatkan kekuatan penuh Unit Pencegahan Perjudian D7.
“Sejumlah 1,968 premis perjudian digempur melibatkan jumlah tangkapan seramai 2,349 orang warga tempatan dan asing.

"Daripada jumlah itu, 1,941 adalah lelaki manakala 408 wanita ditahan dipercayai berperanan sebagai penjaga premis, pekerja dan juga pelanggan," katanya.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan Op Dadu Khas yang dijalankan JSJ PDRM bagi tempoh 1 April hingga 13 Mei 2023 menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS