Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PADAH BALING BATU, KAYU KE ARAH KENDERAAN

Seremban, 16 Jun 2023 - Lima remaja lelaki bawah umur yang dipercayai menjadi dalang perbuatan membaling batu dan kayu ke arah kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Senawang-Seremban, Isnin lalu berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 7 petang pada Rabu.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk berseronok.
“Tiga remaja telah ditahan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi di Taman Seremban Jaya.
“Permohonan reman untuk siasatan lanjut akan dibuat terhadap mereka pada hari ini (Khamis)," katanya sambil berharap tiada lagi perbuatan tidak bertanggungjawab sebegitu di kawasan berkenaan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS