Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: HINA ANGGOTA POLIS, WANITA DIPANGGIL BANTU SIASATAN

Shah Alam, 17 Jun 2023 - Seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada anggota polis menerusi video tular telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan penjawat awam itu telah dikenal pasti dan dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah kedai makan di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Khamis.
“Siasatan awal mendapati seorang individu didatangi suspek yang bertindak memarahi dirinya kerana mendakwa telah membuat bising berhampiran rumah jiran berdekatan.
“Suspek kemudian bermemperkenalkan diri sebagai penjawat awam itu mengeluarkan nada suara tinggi dan menyatakan ingin menahan individu tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya suspek turut bertindak mengugut hendak memukul individu berkenaan selain memarahi beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian.
“Anggota polis yang turut berada di lokasi telah meminta suspek menunjukkan kad kuasanya namun suspek tidak memberi kerjasama.
“Suspek kemudiannya bertindak mempersenda anggota polis tersebut," katanya.
Menurutnya, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS