Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGARAH JPJKK DAN TIMBALAN PENGARAH (I) JSPT BUKIT AMAN TERIMA DARJAH KEBESARAN

Kuala Terengganu, 19 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Aidi Ismail telah menerima Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.) yang membawa gelaran Dato' sempena istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2023 yang berlangsung semalam.

Sementara itu dalam istiadat yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputraan Sultan Kedah ke-81 yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Timbalan Pengarah (I), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan (D.D.S.P.) yang membawa gelaran Dato'.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS