Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GUNA EKZOS BISING NAK CARI KEPUASAN

Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 - Mahu tarik perhatian penunggang lain dan inginkan kepuasan antara alasan pemilik yang mengubah suai motosikal menggunakan ekzos bising.

Kesemua penunggang itu bagaimanapun ditahan menerusi Op Bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, operasi pada jam 11 malam itu turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

“Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan dikesan ialah nombor plat (61), cermin sisi (35), aksesori tidak sempurna (32), tiada lesen memandu (17), tidak pamer pelekat L/P (😎 dan lain-lain kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS