Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: 261 LAPORAN MELABUR ALA ISLAMIK

Kuala Lumpur, 23 Jun 2023 - Sebanyak 261 laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa melabur dengan sebuah syarikat pelaburan ala Islamik dengan nilai kerugian mencecah RM67,324,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati syarikat itu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mangsa pula didaftarkan sebagai pemegang saham dalam syarikat itu.
Menurutnya, selepas meneliti laporan polis dibuat mangsa, siasatan mendapati tiada unsur penipuan mengikut Kanun Keseksaan, tetapi lebih menjurus kepada kesalahan di bawah bidang kuasa SSM.
“Modus operandi yang sering digunakan sindiket adalah mereka akan mengiklankan tawaran pelaburan di media sosial seperti Facebook, Telegram dan Instagram.
“Mangsa diberitahu dengan hanya berbekalkan modal yang sedikit akan mendapat keuntungan yang sangat tinggi. Tiada risiko dan tidak akan rugi," katanya.
Sumber: Harian Metro
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS