Kuala Lumpur, 23 Jun 2023 - Gandingan Ketua Polis Negara (KPN) dan Timbalan KPN yang baharu disifatkan sebagai gabungan mantap dalam meneruskan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku institusi penguatkuasaan terulung di negara ini.
"Saya mempunyai harapan sangat jelas dan keyakinan sangat utuh agar PDRM di bawah kepimpinan Tan Sri Razarudin dapat meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan ditinggalkan IG Tan Acryl Sani Hj. Abdullah Sani. "Dengan gabungan baru Datuk Seri Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, saya percaya ini gandingan sangat mantap dan baik."Dengan pengalaman Tan Sri Razarudin dan kualiti kepimpinan ditunjukkan Datuk Seri Ayob Khan selama ini, akan membolehkan polis meneruskan reputasi sebagai penguat kuasa terbesar dalam negara," katanya selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, semalam.