Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM45 JUTA BAIK PULIH 151 POS KAWALAN PGA

Kuala Lumpur, 23 Jun 2023 - Sebanyak 151 pos kawalan Pusat Gerakan Am (PGA) akan dibaik pulih di seluruh negara dengan anggaran peruntukan RM45 juta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara penambahbaikan yang akan dilakukan ialah membaiki lantai reput dan keadaan pos yang daif.

“Jadi RM45 juta adalah anggaran diperlukan dan kita optimis akan adakan bagi memulihkan logistik pos yang dapat diuruskan dalam masa terdekat ini.
“Sebahagian ada macam kabin biasa namun kebanyakannya lantai dah reput maka dapat baik pulih, dia babitkan mungkin adakan dalam bentuk lebih selesa, lebih munasabah," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, semalam.

Datuk Seri Saifuddin berkata, usaha penambahbaikan diperlukan ekoran pos kawalan yang ditempatkan di sempadan negara yang menjadi laluan penjenayah bagi pencerobohan serta penyeludupan dadah, senjata dan barang kawalan.
“Banyak perbincangan dilakukan untuk menaik taraf serta membaiki keadaan sedia ada dalam menyediakan pos lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS