Kuala Lumpur, 3 Julai 2023 - Hari keempat Op Lancar mencatatkan sebanyak 18 kemalangan maut melibatkan 18 individu di seluruh negara pada Sabtu.
"Motosikal mencatatkan kemalangan maut tertinggi membabitkan 13 penunggang, pemandu kereta (3), pemandu kenderaan pacuan empat roda (1) dan van (1)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Op Lancar yang diadakan selama lima hari bermula Rabu sehingga semalam sempena perayaan Aidiladha bertujuan memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangka akan berlaku kesesakan melampau.
Sumber: Sinar Harian