Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] PRN: MOHON PERMIT CERAMAH PRN LEBIH AWAL - KPN

Georgetown, 4 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan wakil parti politik supaya menghantar awal borang permohonan permit mengadakan ceramah dan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Katanya, ia bagi mengelak pertembungan antara satu sama lain dengan permit berkenaan boleh dipohon sebaik sahaja pembubaran dilakukan.

"Walaupun kita akan melayan (bagi permohonan) dalam tempoh 24 jam, tetapi mohonlah lebih awal.

"Kita tidak mahu mana-mana parti apabila minta permit, rupa-rupanya tempat itu sama dengan parti lain," katanya selepas taklimat PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../mohon-permit-ceramah-prn...

Sumber: Berita Harian

Mohon permit ceramah PRN lebih awal - KPN | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS