Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[POSTING PILIHAN] HEBAHAN: POLIS CARI SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL PAMER AKSI BERBAHAYA

Polis sedang mengesan sekumpulan penunggang motosikal yang menunjukkan aksi berbahaya seperti ‘superman’ dan ‘zig-zag’ di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim seperti dirakamkan dalam video tular.

Sehubungan itu polis meminta kesemua yang terlibat untuk menyerah diri dengan kadar segera di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh disalurkan melalui Facebook Messenger JSPT atau email kepada protrafik_ba@rmp.gov.my.


Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=811231463658421
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS