Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: LEBIH 90,000 INDIVIDU DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN DADAH DAN AKTA RACUN SEJAK AWAL TAHUN - PENGARAH JSJN

Kuala Lumpur, 4 Julai 2023 - Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata selebihnya ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983, dan 38,064 kertas siasatan telah dibuka dengan 35,058 kes telah dituduh di mahkamah.

"Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah berjaya ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah haram dibongkar melibatkan tangkapan enam ahli kimia.

“Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ini, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta telah disita, manakala RM5.3 juta nilai harta telah dilucut hak,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...


May be an image of 1 person and text that says 'SINDIKET DITUMPASKAN PRESTASI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2023 JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PEMBONGKARAN MAKMAL DADAH SINDIKET 185 PECAHAN TANGKAPAN TANGKAPAN: 572 TANGKAPAN LAIN-LAIN 14 4,028 RAMPASAN DADAH MAKMAL BEKALAN DAUN TANGKAPAN AWAM DADAH 0,016 287 ORANG 42,421 DADAH 1,604 BEKALAN 92,257 MEMILIKI LAIN-LAIN KETUM 27,213 LITER POKOK POSITI 37 LLPK 20 117 129 TANGKAPAN ADB 1952 NILAIRAMPASAN RM286JUTA 4,024 DITUDUH HIBURAN DISABIT 2,318 ORANG SERBUAN 1,178 JUN 2023 TANGKAPAN MENARIK YANG )LELA TEMPATAN MIRI, SARAWAK, SERTA MERAMPAS MDMA, 687 KETAMIN DAN YANG BERNILAI RM 2,247 JUMLAH TANGKAPAN LLPK SITAAN LUCUTHAK ASET 298 HOTLINEJSJN:012208722 5.3JUTA PERTUDUHAN (BEKALAN MEMILIKI) PERATUS PERTUDUHAN'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS