Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SERBU MAKMAL DADAH, DUA BERADIK ANTARA ENAM DITAHAN

Ipoh, 8 Julai 2023 - Dua beradik antara enam lelaki ditahan polis di sebuah gudang yang dijadikan makmal memproses dadah di kawasan Jelapang, di sini, Rabu lalu.
Serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 3 pagi itu turut merampas dadah dianggarkan bernilai RM672,000.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata enam suspek berusia antara 32 hingga 57 itu direman tujuh hari hingga 11 Julai ini bagi disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, dua beradik ditahan berusia 53 dan 57 tahun yang masing-masing bekerja sebagai pemotong rumput dan pengawai keselamatan.

Sementara, dua suspek bekerja sebagai penjaga kolam ikan dan reban ayam, manakala dua lagi penganggur.
Dato' Sri Mohd Yusri berkata, pemeriksaan melalui operasi serbuan makmal itu menjumpai cecair disyaki dadah jenis Methamphetmine dianggarkan seberat 47.58 liter, selain dadah jenis sama (155 gram) dan Heroin (52.3g).

“Turut dirampas adalah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses dadah,” katanya pada sidang media di IPK Perak, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS