Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KITAR SEMULA VIDEO LAMA SELEBRITI, MODUS OPERANDI BAHARU "SCAMMER"

Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan iklan ‘perangkap' pengendali laman sosial yang menyamar kononnya adalah selebriti atau pempengaruh yang menawarkan sejumlah wang ketika bersiaran langsung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, "scammer" sentiasa mencari jalan dalam menipu mangsanya dan ia adalah modus operandi baharu mereka.

Menurutnya, orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan penipuan ini kerana tiada cara mudah untuk mendapatkan duit kecuali memang ada pertandingan yang sahih dan diperakui.

“Namun jika tiba-tiba terima mesej anda memenangi pertandingan bertuah atau seperti taktik menawarkan hadiah ketika membuat siaran langsung dengan menyamar guna akaun orang lain, janganlah mempercayainya.

“Jangan melayan apa-apa sahaja tawaran berbentuk kewangan jika ia meragukan kerana lebih baik kita cegah sebelum menjadi mangsa penipuan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS