Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BiarJasaJadiKenangan KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS PARAH DITIKAM DALAM OPERASI DADAH DI JOHOR

Johor Bahru, 11 Julai 2023 - Seorang anggota polis cedera parah selepas ditikam seorang lelaki yang ditahan dalam operasi membanteras dadah di Jalan Ungku Puan, di bandar raya ini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 3.20 pagi.
“Pihak polis menerima maklumat kejadian seorang anggota dari IPD Johor Bahru Selatan berusia 22 tahun telah mengalami kecederaan luka dalaman di bahagian rusuk sebelah kiri akibat ditikam dengan sebilah pisau.
“Mangsa ditikam seorang lelaki semasa menjalankan tugas Op Tapis Khas di sekitar Johor Bahru. Kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi semasa memeriksa tiga individu di kawasan tempat letak kereta berbayar di Jalan Ungku Puan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, anggota polis berpangkat konstabel itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan dan dimaklumkan kini berada dalam keadaan stabil.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS