Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Kecekapan pihak berkuasa mengesan sebelum menyekat urusan transaksi wang berjaya mengelakkan wang berjumlah lebih RM28 juta milik sebuah syarikat tempatan daripada lebur akibat ditipu sindiket.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penipuan sindiket menggunakan taktik “business
email compromise” (BEC) itu pada 6 Julai lalu.
“Siasatan mendapati syarikat mangsa yang berpangkalan di Malaysia berurusan dengan sebuah syarikat luar negara untuk mendapatkan bekalan gas petroleum cecair (LPG) sejak Januari lalu.
“Pada 24 Jun lalu, syarikat (mangsa) menerima e-mel daripada syarikat pembekal yang mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun baharu,” katanya.
Dato’ Sri Ramli berkata, syarikat mangsa hanya menyedari ditipu sindiket apabila syarikat pembekal yang sebenar memaklumkan masih belum menerima pembayaran terbabit.
dan institusi kewangan berkenaan menjejak wang yang dipindahkan itu.
“PDRM berjaya menyekat sejumlah RM28.36 juta daripada dipindahkan ke akaun bank di luar negara,” katanya memaklumkan siasatan ianjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.