Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA DI SIK TERBONGKAR

Alor Setar, 14 Julai 2023 - Polis membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian sumber nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.
Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Myanmar dan lima warga tempatan berusia antara 22 tahun hingga 60 tahun.
Beliau berkata, empat suspek tempatan, termasuk seorang wanita itu ditahan pada 21 Jun lalu, manakala seorang lagi ditahan pada 25 Jun lalu dan susulan itu empat lagi lelaki warga Myanmar ditahan serta rampasan pelbagai peralatan disyaki digunakan melombong REE secara manual.
“Turut dirampas, sejumlah empat guni setengah berisi bahan mineral yang diikat dan disyaki REE seberat 99 kilogram.
“Kejayaan tangkapan ini berikutan laporan yang dibuat seorang pengurus sebuah syarikat sendirian berhad yang dilantik untuk mengusahakan ladang hutan Kompartmen 12 Hutan Simpan di Bukit Enggang, Sik yang dibuat pada 31 Mei lalu.
“Laporan itu dibuat berikutan berlaku kecurian ke atas peralatan dan kelengkapan milik syarikat serta perbuatan khianat ke atas tanaman yang diusahakan di kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS