Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: DUA WANITA BUAT AKSI 'SUPERMAN' SERAH DIRI

Tanjung Malim, 15 Julai 2023 - Dua wanita yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya termasuk melakukan aksi ‘Superman'' di Lebuhraya Utara-Selatan, ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, dua wanita itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada jam 9.10 malam kelmarin.

Katanya, suspek berusia 18 tahun dan 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dikesan melakukan kesalahan terbabit di Kilometer (KM) 375.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Behrang ke Slim River.

Beliau berkata, polis mengesan kedua-dua suspek selepas video mereka melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial.

“Siasatan pihak polis mendapati ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 3 people and text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS