Penularan pandemik dan peningkatan penggunaan media sosial memburukkan lagi kegiatan penipuan dalam talian yang hingga kini tidak ada tanda-tanda akan berkurangan, meskipun pelbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa bagi meningkatkan kesedaran umum tentang jenayah itu.
Menurut jabatan itu, pada 2022, rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM650,329,897 berbanding RM509,881,921.13 pada tahun sebelumnya dan RM503,883,501.06 pada 2020.
Kajian yang dijalankan oleh Milieu Insight, firma penyelidikan pasaran dan analisis data Asia Tenggara, membabitkan 2,500 responden di lima buah negara termasuk Malaysia, mendapati hampir separuh rakyat di negara ini pernah disemu daya (tipu daya).