Kuala Lumpur, 24 Julai 2023 - Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.
"Penemuan objek bom itu adalah satu jenayah serius dan ancaman terbabit umpama cubaan membunuh.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh
Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Tan Sri Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.