Padang Besar, 26 Julai 2023 - Kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia - Thailand, di sini menerusi aktiviti Geng Along Lubuk akhirnya terbongkar selepas polis berjaya menahan tiga lelaki termasuk perancang utama yang juga seorang tukang urut di Wang Kelian, di sini Ahad lalu.
Ketua
Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam itu, polis
dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat
Polis Perlis, Bahagian Siasatan Jenayah dan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar serta Balai Polis Kaki Bukit, di sini bertindak menyerbu sebuah kawasan semak berhampiran Viewpoint Wang Kelian.
“Risikan kita berjaya menahan sembilan individu termasuk enam wanita dipercayai warga asing berusia 30 hingga 46 tahun di kawasan semak berhampiran laluan Viewpoint Wang Kelian.
“Ketika diserbu, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan dibawa ke IPD Padang Besar untuk siasatan selanjutnya.
“Semakan daripada kumpulan yang ditahan itu kemudian mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan dalam kumpulan itu,” katanya katanya kepada pemberita dalam sidang media di IPD Padang Besar, di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.