Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POCA PERLU DIKEMBALIKAN - KPN

Petaling Jaya, 26 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bagi memerangi aktiviti jenayah terancang terutama sindiket perjudian yang semakin berleluasa di negara ini.

Pelaksanaan POCA digantung sementara susulan keputusan mahkamah, yang membawa kepada pembebasan beberapa tahanan di bawah akta tersebut ketika itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis memerlukan POCA bagi memudahkan penguatkuasaan memerangi pelbagai jenayah terancang seperti judi yang sindiket itu ketika ini sedang mengaut keuntungan besar.

Menurut beliau, selepas POCA digantung, polis hanya menggunakan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk membanteras aktiviti judi namun undang-undang itu tidak cukup untuk memerangi kegiatan tersebut.

“Jika individu ditahan berkaitan judi disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS