Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: GAMBAR DISEBAR DI LAMAN LUCAH TAKTIK BAHARU “SCAMMER”

Petaling Jaya, 27 Julai 2023 - Orang ramai diingatkan tidak terjerat dengan taktik ugutan penipuan atau “scammer” yang mendakwa gambar mereka disebar di laman lucah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ini antara taktik baharu “scammer” yang dikesan pihak polis.

“Individu ini menerima mesej dikatakan kononnya menjadi mangsa bahawa gambarnya ada di dalam ‘group'' lucah.

“Ini semua permainan psikologi dan yang lemah akan terus mudah menjadi mangsa hingga mengalami kerugian wang ringgit. Jadi, dalam memilih untuk tidak rugi, maka seseorang itu perlu kuat,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, ada juga taktik di mana mangsa menerima mesej berbaur lucah, namun apabila dilayan, mesej berubah menjadi ugutan kononnya mangsa bertukar-tukar mesej dengan isteri orang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS