Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: OP TANGKAP KAKI JUDI LOTERI GIAT DIJALANKAN

Petaling Jaya, 27 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggiatkan operasi mengesan kegiatan menjual nombor ekor secara haram di sekitar Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menyedari wujud kegiatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan di kedai runcit, kedai makan dan warung tepi jalan.

“Kita menjalankan serbuan dan menahan mereka yang terlibat. Hampir setiap hari ada tangkapan dibuat.

“Operasi giat dijalankan bagi membanteras aktiviti menjual loteri secara haram,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan sindiket pasaran gelap menjual nombor ekor didakwa aktif menguasai industri loteri seluruh negara terutama di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS