Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PDRM PANTAU AJARAN SIHULK - KPN

Kuala Lumpur, 28 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau saki baki pengikut ajaran sesat, SiHulk yang masih berada di dalam negara ini bagi membendung penyebaran ajaran itu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sentiasa membuat pemantauan berkaitan ajaran itu yang menyimpang dari ajaran Islam bagi mengelak insiden tidak diingini.

"Malah jika ada elemen yang boleh menggugat keselamatan negara dengan penyebaran ajaran terbabit, tindakan akan diambil ke atas pengikut terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung isu berkenaan.

"Semalam pun kita ada mesyuarat bersama JAINJ membincangkan berkaitan perkara ini bagi mengelak ia menular.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai jangan terpengaruh dengan ajaran itu kerana jelas ia sudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/992622/pdrm-pantau-ajaran-sihulk?fbclid=IwAR2aprZHBYa-yakfip6oyHZuhCTThHF5bdGai1h7xUmeQtH_ETy_EJ8hCCY

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS