Bintulu, 28 Julai 2023 - Sengaja menconteng dan menyembur cat pada kubur dengan pelbagai tulisan mengandungi mesej menghina.
Itu tindakan seorang lelaki berusia 40 tahun yang diberkas polis selepas menyembur cat merah dan biru pada 51 pusara di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.
Ketua
Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, hasil maklumat serta risikan pasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek terlibat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
“Orang awam dalam masa sama dinasihatkan agar tidak mewujudkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro di lampiran.