Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2023: ‘SAYA MAHU WARISI KHIDMAT, JASA BAPA’

Putrajaya, 2 Ogos 2023 - Walaupun bapanya terkorban dalam pertempuran, namun sama sekali tidak mematahkan semangat Inspektor Mohd Farizul Hilmi Abd Azis untuk membina kerjaya sebagai seorang pegawai polis.

Inspektor Mohd Farizul, 29, adalah anak sulung kepada Allahyarham Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon yang terkorban dalam tragedi pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Air Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013.

Dia yang kini bertugas di Pasukan Gerakan Udara Subang berkata, peristiwa yang mengorbankan nyawa bapanya itu tidak akan dilupakan.

“Kalau diikutkan, bapa saya sendiri tidak begitu menggalakkan saya menjadi pegawai polis, namun minat itu datang kemudian yang mendorong saya memohon untuk menjadi polis.

“Saya mahu mewarisi khidmat dan jasa bapa sebagai anggota polis yang diangkat sebagai hero atas pengorbanannya dalam mempertahankan negara,” katanya.

Menurutnya, dirinya berasa terharu kerana dia dan ibunya, Siti Bandorah Mahalil, 49, dijemput untuk menghadiri istiadat berkenaan yang turut memperingati jasa bapanya dalam pertempuran itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, headscarf and text that says 'ιοκαι HARI PAHLAWAN 2023 'Saya mahu warisi khidmat, jasa bapa' Oleh Nurul mendorong saya memohon pantomim kisah nurul.hidayah@hme- di tro.com.my MOHD Farizul Hilmi bersama Siti Bandorah. Putrajaya mewarisi angkat hemn atas terkorban ertempur mun sama ang od Menurutnya, dirinya Siti Mah- Mohd menghadiri berdarah tidak So 'Walaupun pekerjaan arwah etapi dengan pilihan- ristiwa serta dijem dalam tidak Minat itu datang kemudian mendorong saya memohor diter- menjadi Farizul suami diikutkan, sendiri lakkan menjadi sehingga datang kemudian yang dengan mereka dalam menjalin hu- tragedi melihat persembahan pulan sembang WhatsApp.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS