Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INSPEKTOR ADI SELAMATKAN NYAWA SEORANG WANITA

Seremban, 5 Ogos 2023 - Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun dari aras lima sebuah pusat beli-belah, di sini pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.

Pada kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 20 tahun berkenaan dikatakan tidak berganjak dari bahagian tepi bangunan walaupun sudah dipujuk anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan awam yang menyatakan ada individu disyaki cuba terjun dari aras lima parkir kenderaan premis terbabit.

“Tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita berada di tebing parkir kenderaan dan memberitahu ingin terjun.

“Kami berusaha memujuk dan menenangkannya, namun dia enggan berganjak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, akhirnya Inspektor Adi bertindak pantas menarik wanita itu dan berjaya menyelamatkannya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text that says 'WANITA disyaki daripada diselamatkan. sini, Daerah Serem- aras pusat Inspektor Adi selamatkan satu nyawa Seremban: Tindakan pati seorang wanita berada Campbell Inspektor Adi tas tebing parkir enderaan Saripudin pertin- dan memberitahu pantas menarik nyawa aduan Wanita tidak mengalami annya. memujuk dikatakan tidak disyaki kecederaan terjun dari selamat Arifai hagian bangunan laupun sudah dipujuk ang- selamat. premis Tiba hospital lokasi, kami da- dihubungi, semalam. Beliau akhir- nya, Ketua Balai Polis Jalan siasatan mendapati hatkemu rungan wanita didapati pesakit pskiatri, katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS