Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MINTA MAKANAN DEDAH BUDAK DIDERA

Ipoh, 5 Ogos 2023 - Rayuan sayu seorang kanak-kanak berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan dari orang ramai, membongkar kisah beliau menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan 4.30 petang Rabu, memaklumkan mengenai seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah rumah pangsapuri di kawasan Menglembu, disyaki didera penjaganya.

“Mangsa ditemukan oleh saksi orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu ACP Yahaya berkata, polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah yang sama, kira-kira 7 malam hari yang sama.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS