Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KILANG BESI BURUK HARAM DIGEMPUR

Kuala Langat, 12 Ogos 2023 - Sebuah kilang besi buruk haram di Jalan Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang, di sini digempur pada Khamis.

Op Bersepadu Pintas itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama “task force” Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri.

Semasa serbuan, terdapat cubaan beberapa pekerja asing hendak melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun berjaya digagalkan pihak polis.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, operasi pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang ini bertindak menyelamatkan dua lelaki warga Bangladesh bawah umur iaitu 17 tahun.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966.

“Selain itu, seramai 22 pekerja warga asing termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 48 tahun turut ditahan.

“Mereka ini terdiri daripada lapan warga Bangladesh, Myanmar (9) dan China (5)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS