Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA LELAKI DITAHAN BERSAMA DADAH BERNILAI RM200,000

Georgetown, 16 Ogos 2023 - Satu sindiket memproses dadah tumpas apabila tiga lelaki warga tempatan ditahan dalam dua serbuan yang dijalankan serentak pada Isnin.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 37 tahun itu ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM200,000.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, serbuan dibuat pada jam 4.30 petang di sebuah rumah masing-masing di Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Menurutnya, siasatan mendapati, ahli sindiket tersebut menjadikan rumah di Simpang Ampat di SPS sebagai makmal haram memproses dadah tersebut.

“Serbuan pertama, kita menyerbu sebuah rumah dua tingkat di SPS dan menahan seorang suspek yang merupakan ahli perniagaan. Hasil pemeriksaan, rumah yang disewa dengan kadar RM1,500 sebulan itu dijadikan makmal untuk memproses dadah.

“Susulan itu, kita menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Sejahtera, SPT dan menahan dua suspek di situ. Kedua-dua mereka merupakan adik beradik dan rumah berkenaan adalah kediaman keluarga mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text that says 'Tiga lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM200,000 GEORGETOWN- Satu sindiket dadah tumpas warga nyerbu sebuah rumah dua ingkat diSPS serentak Ketiga lelaki berusia kenderaan serta barang Semakan turutmendapati, dua untuk jenayahd Pinang, dibuat dadah. tersebut situ. menahan dan Seberang terlepas erampas Pejabat Pinang SPS sebagai makmal haram dadah 'Serbuan pertama, Chin berkata, hasil daripa- kedua- serbuar Jumlah peralatan adalah dadah katanya. Menurut KokChin, semua sus- Ogos untuk siasatan Kok Chin( dalam menunjukkan dadah SPS dirampas'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS