Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: PENAGIH ACU PISAU PADA WANITA DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 - Seorang penagih dadah diberkas polis selepas bertindak agresif mengacu pisau terhadap seorang wanita di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi tujuh saat memaparkan seorang suspek lelaki bersenjatakan pisau menahan seorang wanita kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

“Bertindak atas maklumat terbabit, anggota polis dari Balai Polis Sri Petaling pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang lelaki.

“Kami merampas pisau lipat berwarna merah, telefon bimbit dan serpihan kaca dalam tangkapan itu,” katanya, semalam.

ACP Amihizam berkata, siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 2.30 petang, kelmarin.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran
May be an image of 3 people, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS