Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BiarJasaJadiKenangan [KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN KE-66: ANGGOTA BALAI POLIS KAMBAU SIMPAN SEJARAH HITAM DISERANG PENGGANAS KOMUNIS

Johor Bahru, 23 Ogos 2023 - Populariti Balai Polis Bukit Kepong di Muar ternyata berada dalam kelas tersendiri hingga menenggelamkan sejarah silam balai polis lain yang tidak kurang hebatnya dalam menentang komunis.

Balai Polis Kambau di Kota Tinggi dekat sini contohnya menyimpan 1,001 sejarah hitam berkaitan pengorbanan pegawai dan anggota bertahan daripada serangan komunis yang berlaku pada 28 Jun 1950 iaitu empat bulan selepas tragedi Bukit Kepong.
Walaupun tragedi itu mengorbankan dua anggota polis tetapi komunis yang mati lebih ramai iaitu 13 orang

Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, DSP Mansor Omar berkata, kejadian itu membabitkan 100 komunis menyerang 25 anggota polis.

"Balai Polis Kambau merupakan antara 43 lokasi yang diserang antara 1948 hingga 1974. Detik serangan dirakamkan pada 2012 melalui anggota yang pernah berkhidmat di situ seperti Muvathi Dasiman, 80, dari Felda Aping Barat, Kota Tinggi.

"Selain itu, Othman Bakri dari Kuala Sedeli dan Mohamad Kadir, 79, dari Kampung Telok Jeri Dalam, Tanjong Sedeli," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS