Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENAMBAHBAIKAN SOSMA SEDANG DITELITI, TIADA PEMANSUHAN

Putrajaya, 24 Ogos 2023 - Peruntukan membenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai bagi tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah antara syor utama yang sedang diteliti untuk menambah baik akta itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Tuan Ramkarpal Singh Karpal Singh ketika ditanya mengenai perkembangan SOSMA berkata, usaha meneliti penambahbaikan SOSMA hampir selesai.

Menurutnya, beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan antaranya Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan ahli keluarga tahanan SOSMA telah diadakan dan syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Syor menjamin (ikat jamin tahanan) adalah isu yang kami sedang teliti sekarang. Pemansuhan (akta) tiada dalam perancangan tetapi kami sedang meneliti penambahbaikan,” katanya selepas menyertai aktiviti “brisk walk” merdeka anjuran agensi portfolio undang-undang dan reformasi institusi di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS