Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] HARI KEBANGSAAN KE-66: PENGALAMAN TERJUN BERATUS KALI PENTING UNTUK JAYAKAN AKSI TERJUN TEPAT

Taiping, 26 Ogos 2023 - Sesuai dengan cogan kata 'Warisan Darah Perwira' anggota Pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia tidak pernah gentar untuk menghadapi apa sahaja cabaran.

Sebarang tugasan yang diberi lebih-lebih lagi jika melibatkan nyawa, pastinya dapat dilaksanakan dengan sempurna berbekalkan pengalaman dan kemahiran dimiliki anggota 69 Komando.

Anggota 69 Komando, Sarjan Shahril Afiza Zahari atau lebih dikenali dengan panggilan 'Janggut' berkata bagi menentukan terjunan seseorang penerjun itu tepat, antara kemahiran diperlukan ialah peka dengan ketinggian, cuaca termasuk angin selain mempunyai banyak pengalaman.

“Banyak pengalaman maksud saya ialah mereka ini telah membuat ratusan aksi terjun dan peka dengan ketinggian jarak daratan agar dapat mendarat dengan tepat di sasaran.

“Selain itu, mereka ini perlu mahir ‘membaca’ tahap tiupan angin agar tidak melebihi 30 knot kelajuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa membuat latihan Aksi Terjun Tepat bersempena dengan Hari Kebangsaan 2023 di Padang Tekah, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: BERNAMA

PENGALAMAN TERJUN BERATUS KALI PENTING UNTUK JAYAKAN AKSI TERJUN TEPAT
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS