Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KOR SUKSIS MEDIUM PUPUK PATRIOTIK

“Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'' merupakan tema Hari Kebangsaan 2023. Perpaduan Malaysia Madani, memerlukan perancangan sistem pendidikan yang lestari. Perpaduan merupakan hasil daripada pelaksanaan dan peningkatan semangat patriotisme rakyat Malaysia. la perlu dibina melalui sistem pendidikan yang menepati kriteria patriotisme.

Menurut takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka, patriotisme adalah semangat cinta yang kuat terhadap tanah air. la bukan sekadar perasaan, tetapi melibatkan keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan negara tercinta.

la juga mendorong individu untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding diri sendiri. Patriotisme melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu sentiasa bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan dalam masyarakat majmuk.

Ikuti penulisan lanjut Pengarah Akademi Kepolisan di Universiti Teknologi Mara-Polis Diraja Malaysia, DSP Profesor Madya Dr. Mohammad Noor Jalil berkaitan peranan Kor Suksis sebagai medium bagi memupuk semangat patriotik dalam diri golongan belia.

Sumber: Kosmo.

May be an image of 14 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS