Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: "SCAMMER" MAKIN LICIK, TERANCANG

Kuching, 3 September 2023 - Orang awam dinasihatkan agar sentiasa bersikap skeptikal semasa menerima sebarang maklumat dalam mendepani ancaman penjenayah siber atau "scammer".

Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil berkata, hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.
Katanya, bukan hanya organisasi, malah pengguna individu termasuk golongan berpendidikan serta profesional turut menjadi mangsa penipuan dalam talian.
“Teknik dan modus operandi yang digunakan oleh "scammer" ini juga semakin licik dan terancang.

“Berdasarkan laporan diterima agensi penguatkuasaan serta laporan berita oleh pihak media, kes "scam" dan penipuan dalam talian berlaku hampir setiap hari. Ini bermakna ancaman itu masih berleluasa," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak di sini pada Sabtu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS